Isu Casillas perlu diletak ke belakang

Isu Casillas perlu diletak ke belakang

MADRID, 17 Julai – Pelepasan kontroversi kapten pasukan Real Madrid dan penjaga gol Iker Casillas mencipta “perbezaan pendapat” di gergasi Sepanyol itu dan mereka perlu meletakkannya di belakang secepat yang mungkin, kata jurulatih Rafa Benitez hari ini.

Real dikritik hebat kerana tidak hormat terhadap penjaga gol itu selepas dia dilihat bersendirian di bilik media Bernabeu pada Ahad lalu untuk mengumumkan pelepasannya dari kelab remajanya selepas 16 musim.

Walaupun Real mengaturkan pelepasan rasmi bagi Casillas pada Isnin lalu, yang menuju ke Porto, beratus peminat melaungkan bagi Presiden Florentino Perez untuk meletak jawatan pada majlis itu, menyalahkannya kerana memaksa pemain itu, 34, keluar.

“Saya mahu bercakap mengenai Casillas,” Benitez memberitahu wartawan di Melbourne hari ini menjelang perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa Real menentang kelab dari Itali, AS Roma.

“Apabila kali pertama saya mendapatkan tugas ini, dia adalah orang pertama yang saya hubungi. Kami bersemuka, kami banyak berbincang,” katanya menerusi seorang penterjemah.

“Kami bercakap secara peribadi mengenai banyak senario yang akan berlaku. Saya mendoakannya yang terbaik.

“Saya tidak suka perbezaan pendapat berlaku di dalam Real Madrid sekarang dan ia perlu diletakkan di belakang kami.”

Dengan ketiadaan Casillas, Real berada dalam pasaran bagi mencari penjaga gol baru untuk tambahan kepada pemain antarabangsa Costa Rica, Keylor Navas dan Fernando Pacheco yang belum berpengalaman.

Benitez berkata Navas adalah pilihan utama.

“Navas adalah pemain kami ketika ini,” katanya. “Saya telah bercakap dengannya. Dia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding penjaga gol lain jadi dia berada di depan sekarang.”

Real juga dilaporkan memburu penjaga gol Espanyol, Kiko Casilla dan David De Gea dari Manchester United. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA