Isu curi dengar telefon TMJ hanya salah faham

Isu curi dengar telefon TMJ hanya salah faham

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata isu berhubung kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak senang dengan tindakan Cawangan Khas Bukit Aman memantau pergerakan dan ‘mencuri’ dengar perbualan telefon baginda hanyalah salah faham.

Beliau berkata pihaknya telah memberi penjelasan kepada Tunku Ismail berhubung perkara itu dalam pertemuan satu jam kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Bukit Pelangi di Johor.

“Pagi tadi saya telah pergi menghadap baginda (Tunku Ismail) di Istana Bukit Pelangi, Johor dan sebenarnya ada sedikit salah faham … itu saja dan tiada apa-apa.

“Saya sudah menjelaskan perkara ini kepada baginda dan tidak ada apa-apa masalah,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA