Isu jerebu rentas sempadan jadi agenda utama

Isu jerebu rentas sempadan jadi agenda utama

SINGAPURA, 3 Mei (Bernama) – Pelaksanaan Sistem Pengawasan Jerebu Sub-Serantau ASEAN menjadi antara agenda utama yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Serantau Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-18 di sini pada Rabu.

Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura berkata, isu lain yang bakal dibincangkan termasuk mengenai penyelarasan bantuan antarabangsa untuk membantu usaha memadam kebakaran dan juga pertukaran maklumat antara negara.

Menurut kenyataan kementerian itu, menterinya Masagos Zulkifli akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Jelas kenyataan itu lagi peringkat menteri MSC yang dianggotai Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand akan meneruskan mengkaji semula selain mempertingkat langkah kerjasama untuk memantau, mencegah dan mengurangkan peningkatan asap jerebu serta pembakaran hutan di lima buah negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA