Isu keganasan dibangkitkan pada Sidang APEC

Isu keganasan dibangkitkan pada Sidang APEC

MANILA, 19 Nov (AFP) – Para pemimpin Asia Pasifik menyeru hari ini untuk lebih banyak kerjasama global dalam perjuangan menentang pengganas, apabila gelombang serangan-serangan yang didakwa oleh kumpulan IS menguasai hari terakhir persidangan perdagangan serantau.

Perhimpunan tahunan 21 ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dihoskan oleh Filipina tahun ini bertujuan untuk menjalin perpaduan perdagangan namun, namun selalu terpesong dengan perbincangan hal-hal lain.

Minggu ini Presiden AS Barack Obama telah berusaha untuk meningkatkan sekutu yang berada dalam pertikaian dengan China terhadap Laut China Selatan, yang menjadi rumah kepada beberapa laluan perkapalan penting di dunia.

Perbincangan keganasan juga hebat diperkatakan ketika perhimpunan itu, dengan Perancis, Rusia dan Lebanon kesemuanya terasa bahang dari serangan-serangan dahsyat kepada penduduk mereka yang didakwa dijalankan oleh kumpulan IS.

“Kami secara keras mengutuk kesemua tindakan, kaedah dan amalan keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi mereka,” para pemimpin, termasuk Obama dan Presiden China Xi Jinping, berkata pada akhir pengisytiharan persidangan itu.

Presiden Filipina berjabat tangan dengan Barack Obama pada hari terakhir persidangan APEC di Manila. – Reuters
Presiden Filipina berjabat tangan dengan Barack Obama pada hari terakhir persidangan APEC di Manila. – Reuters

“Kami tidak akan benarkan keganasan untuk mengancam nilai-nilai yang menjadi asas ekonomi-ekonomi bebas dan terbuka kami.

“Kami menggesa keperluan segera dalam peningkatan kerjasama antarabangsa dan perpaduan dalam perjuangan menentang keganasan.”

Pada awal hari ini, Xi bercakap untuk mengutuk pembunuhan seorang tebusan warga China oleh IS, yang juga mendakwa membunuh seorang warga Norway.

“Keganasan merupakan musuh terhadap manusia,” Xi berkata, menurut agensi berita Xinhua.

Kumpulan IS juga kebimbangan utama apabila Obama berjumpa Presiden Kanada yang baru dilantik Justin Trudeau di luar persidangan itu.

Trudeau, yang telah berikrar untuk menarik keluar jet-jet pejuang Kanada dari Iraq dan Syria, berkata negaranya akan kekal ‘ahli kuat gabungan itu’ menentang IS.

Sementara itu, Obama, mengulangi permintaan beliau bahawa perang saudara Syria hanya akan berakhir jika Rusia membantu kuasa kiri Bashar al-Assad.

“Saya tidak melihat satu keadaan di mana kita boleh menamatkan perang saudara di Syria sementara Assad kekal berkuasa,” beliau memberi para pemberita selepas berjumpa Turdeau.