Isu keganasan tumpuan perbincangan utama APEC

Isu keganasan tumpuan perbincangan utama APEC

MANILA, 17 Nov (dpa/Reuters) – Pemimpin-pemimpin Asia Pasifik akan menyuarakan kemarahan mereka terhadap serangan-serangan di Paris apabila keselamatan dan geopolitik menenggelamkan perbincangan mengenai perdagangan dan ekonomi pada persidangan serantau tahunan yang diadakan di Filipina yang dalam kawalan keselamatan penuh.

Para pemimpin 21 ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bercadang untuk mengutuk serangan-serangan di Paris dalam satu keterangan bersama yang akan dikeluarkan pada hari terakhir mesyuarat-mesyuarat itu, menurut satu draf pengisytiharan mereka yang dilihat hari ini.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang juga menghadiri persidangan ekonomi antarabangsa itu menyuarakan hasrat kedatangannya mengenai ketegangan yang semakin meningkat di Laut China Selatan yang mana hampir semua kawasan dituntut oleh Beijing.

“Lawatan saya ke sini menunjukkan komitmen kita bersama dengan keselamatan perairan di rantau ini dan bagi kebebasan pelayaran,” beliau berkata di Manila selepas membuat lawatan ke sebuah Kapal Tentera Laut Filipina.

Tentera AS telah membuat dua pelayaran berprofil tinggi di perairan yang dipertikaikan itu, mengatakan bahawa ia merupakan prinsip kebebasan pelayaran, dan Obama dijangka akan membangkitkan isu itu.

Para pemimpin APEC bersalaman pada persidangan APEC di Manila, Filipina. – AFP
Para pemimpin APEC bersalaman pada persidangan APEC di Manila, Filipina. – AFP

Beijing, yang mana secara cepat membangunkan beberapa buah pulau dan terumbu di laut itu, telah berkata bahawa persidangan pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bukanlah tempat untuk membincangkan pertikaian itu.

Filipina, yang mencabar tuntutan China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bersetuju untuk tidak membangkitkan isu tersebut pada persidangan itu, namun menegaskan bahawa mereka tidak akan dapat menghentikan pemimpin negara-negara lain daripada membincangkannya.

Selain Filipina dan China, Brunei, Taiwan, Vietnam dan Malaysia juga menuntut bahagian-bahagian di Laut China Selatan, laluan perkapalan utama yang dipercayai kaya dengan sumber mineral dan marin.

Para pemimpin di persidangan itu juga dijangka akan membincangkan strategi memerangi keganasan dalam kesedaran terhadap serangan-serangan pengganas di Paris baru-baru ini.

Mereka dijangka mengesahkan semula kepentingan kerjasama memerangi keganasan dalam membanteras ancaman-ancaman seperti militan Islam.

ARTIKEL YANG SAMA