Isu Laut China Selatan perlu ditangani

Isu Laut China Selatan perlu ditangani

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Malaysia berpendirian sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian perlu ditangani menerusi dialog dan jalan perundingan termasuk dalam isu Laut China Selatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini kerana isu berkenaan melibatkan dua aspek utama merangkumi keperluan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran atau penerbangan dan tuntutan bertindih melibatkan beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Malaysia, Vietnam dan China.

“Pendirian Malaysia berhubung Laut China Selatan adalah jelas dan konsisten. Semua negara mestilah memastikan keamanan dan kestabilan. Sebarang tindakan yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan, menimbulkan kebimbangan dan kecurigaan, serta bersifat provokatif hendaklah dielakkan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) yang ingin tahu tindakan Malaysia terhadap kependudukan China di Kepulauan Spratly dalam isu perebutan Laut China Selatan dan sama ada wujud perjanjian dengan Amerika Syarikat dan Australia berhubung perkara tersebut. – Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin. - Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA