Isu pencen tua dibangkitkan

Isu pencen tua dibangkitkan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Isu pencen umur tua yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun, antara yang dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Negara yang bersidang buat hari kesembilan, hari ini.

Mengulas mengenai isu ini, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menjelaskan, pada masa ini belum ada perancangan untuk menilai semula jumlah pencen tua.

Walau bagaimanapun, ujar Yang Berhormat Pehin, terdapat warga emas bergantung pada pencen tua yang mungkin tidak mencukupi, jika perkara ini terjadi, terdapat pertimbangan khas yang diberikan sebagai tambahan kepada pencen tua pada golongan daif.

pg01_160317_MMN_Logo

“Pertimbangan khas yang diberikan sebanyak $100 sebagai tambahan pencen umur tua iaitu bagi golongan daif melalui permohonan bantuan kebajikan bulanan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM),” tambahnya.

Pada permesyuaratan itu, Yang Berhormat Pehin juga menekankan, Institusi Penghulu dan Kampung itu merupakan mata dan lidah masyarakat yang bukan sahaja menyampaikan dan mengagihkan tapi melihat persekitaran di mana mereka yang menerima bantuan tersebut.

Yang Berhormat Pehin turut menyentuh mengenai keselamatan mereka yang membawa pencen tua dan mengagihkan di mana sudah dibuat kaedah untuk mereka mendapat takaful dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA