Isu perlu diambil tindakan segera

Isu perlu diambil tindakan segera

Oleh Syahmi Hassan

 

pg01_160322_MMN_LogoBANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Kementerian-kementerian telah disarankan untuk menangani dengan segera isu-isu yang dibangkitkan bagi diambil tindakan tanpa menunggu tibanya musim permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa membuat saranan itu dalam ucapan penangguhannya pada sesi pagi hari ke-12 Mesyuarat Pertama bagi Musim Permesyuaratan ke-12 Majlis Mesyuarat Negara, hari ini, berkata bahawa sepanjang tempoh perbahasan rang undang-undang bekalan 2016-2017, pelbagai isu, masalah dan persoalan serta pandangan dan cadangan diberikan dari segi masalah ekonomi global sehingga kepada perkara-perkara biasa yang dianggap signifikan kepada kehidupan dan kesejahteraan seperti jalan berlubang, tekanan air yang rendah dan pembuangan sampah sarap.

“Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada cadangan-cadangan yang disuarakan itu memerlukan pihak kerajaan untuk membuat penilaian yang sehalus-halusnya dan penelitian yang mendalam terutama yang melibatkan peruntukan yang mungkin belum bersesuaian untuk dilaksanakan dalam keadaan negara mengalami kekurangan pendapatan atau ‘fiscal deficit’.”

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong juga mengingatkan bahawa kita tidaklah dapat bersikap leka atau berasa puas hati, dan perlu sedar yang perjalanan di hadapan kita tidaklah mudah.

Dengan rakyat yang semakin berpendidikan dan kehendak ataupun jangkaan mereka yang semakin kompleks, ujar beliau, kita perlulah bersedia untuk menanganinya dengan pantas, inovatif lagi efisien. Cabaran sumber tenaga manusia yang terhad dan keadaan ekonomi global yang semakin kompetitif malah ‘volatile’ dan sukar diramal juga tidak lagi membolehkan kita beroperasi secara business as usual.

ARTIKEL YANG SAMA