Isu zika tak jejas industri pelancongan sabah

Isu zika tak jejas industri pelancongan sabah

KOTA KINABALU, 30 Sept – Industri pelancongan di Sabah setakat ini tidak terjejas walaupun terdapat satu kes Zika yang dilaporkan di negeri itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata beliau percaya pelancong masih yakin terhadap tahap kesihatan di negeri itu.

“Isu Zika tidak ada kesan ke atas ketibaan pelancong ke Sabah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu Zika dan kesannya terhadap sektor pelancongan di Sabah. – Bernama