Isyarat jalan guna bahasa Cina

Isyarat jalan guna bahasa Cina

BANGKOK, 30 Jun (dpa) – Thailand akan memasang isyarat jalan raya dalam bahasa Cina buat pertama kali dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan lalu lintas, menurut laporan hari ini.

Kementerian Pengangkutan Thailand pada tahun hadapan akan memasang isyarat jalan raya sekitar bandar utara Chiang Mai yang menjadi salah satu destinasi paling popular bagi pelancong China.

Kementerian itu berharap isyarat jalan raya akan mengurangkan bilangan kemalangan berpunca dari pelancong-pelancong China yang menyewa kereta di kawasan itu, lapor Bangkok Post.

Lebih 420,000 orang pelancong China melawat Chiang Mai dalam tahun 2014, peningkatan 50 peratus dari tahun sebelumnya.

Ini bukan kali pertama Chiang Mai mengeluarkan dasar berhubung pelawat-pelawat China.

Awal tahun ini, bandar itu telah mengeluarkan manual etiket dalam bahasa Mandarin yang memaklumkan para pelancong tentang kelakuan tertib di muzium dan kuil.

ARTIKEL YANG SAMA