Isyarat ‘rampasan’ cetus kekecohan

Isyarat ‘rampasan’ cetus kekecohan

MANILA, 20 Sept – Seorang juruterbang penerbangan Arab Saudi tidak sengaja menekan penggera ‘rampasan’, mencetuskan tindak balas keselamatan utama di lapangan terbang Manila hari ini, kata pihak berkuasa.

Sejurus mendarat di kawasan lapangan terbang Manila, polis terus mengelilingi pesawat tersebut selepas salah seorang juruterbang mengeluarkan isyarat kecemasan yang menunjukkan kejadian rampasan sedang berlaku, pihak berkuasa penerbangan Filipina berkata dalam satu kenyataan.

Beratus-ratus penumpang di atas kapal penerbangan Boeing 777 dari bandar Laut Merah Jeddah terpaksa kekal berada dalam pesawat selama lebih daripada dua jam, tetapi telah dibenarkan keluar kira-kira 17:00 (0900 GMT) selepas disahkan tidak ada ancaman.

“Keadaan adalah seperti biasa. Ia mendakwa bahawa juruterbang menekan lampu kecemasan pesawat secara tidak sengaja,” kata Ketua Polis Manila Oscar Albayalde kepada pemberita.

Di Arab Saudi, seorang jurucakap syarikat penerbangan juga memberitahu AFP tidak ada ancaman keselamatan.

Anggota keselamatan berdiri di atas tangga pesawat Syarikat Penerbangan Arab Saudi selepas salah seorang juruterbang melepaskan isyarat kecemasan sebelum mendarat di lapangan terbang Manila kelmarin. – AFP
Anggota keselamatan berdiri di atas tangga pesawat Syarikat Penerbangan Arab Saudi selepas salah seorang juruterbang melepaskan isyarat kecemasan sebelum mendarat di lapangan terbang Manila kelmarin. – AFP

“Ancaman rampasan Penerbangan 872 adalah tidak benar,” kata jurucakap itu.

Kenyataan pihak berkuasa penerbangan berkata isyarat kecemasan ditekan oleh juruterbang bagi memaklumkan pihak berkuasa “bahawa kejadian rampasan sedang berlaku di dalam pesawat.”

“Pesawat itu segera diberi keutamaan untuk mendarat oleh pihak berkuasa lapangan terbang … dan telah diarahkan untuk diletakkan di teluk jauh dan terpencil untuk prosedur keselamatan,” kata kenyataan itu.

“Rupa-rupanya juruterbang melakukan kesilapan mengaktifkan isyarat kecemasan 7500,” kata kenyataan itu, merujuk kepada penggera rampasan.

Ia berkata, siasatan masih diperlukan untuk mengesahkan mengapa isyarat kecemasan itu ditekan.

“Denda yang sewajarnya akan dikenakan ke atas juruterbang jika hasilnya merupakan satu kesilapan manusia,” katanya.

Terdapat 410 penumpang, ditambah empat juruterbang dan 17 anak kapal, pengurus besar lapangan terbang Ed Monreal memberitahu pemberita.

Kebanyakan mereka di dalam pesawat adalah mereka yang telah pulang dari mengerjakan haji di Arab Saudi. – AFP