Itali bantu memperbaharui wajah Van VW

Itali bantu memperbaharui wajah Van VW

FLORENCE – Berapa banyak peminat sebuah van untuk memperbaiki sebuah kenderaan van yang sudah kelihatan lusuh dan buruk?

Cuba anda tanya pihak perwakilan Itali, bagi mereka mungkin ya. Sebuah gudang yang terletak di Florence, terdapat dua buah van VW kelihatan sangat cantik dan kelihatan sedikit mahal. Begitulah yang dilakukan oleh dua orang peminat VW yang berminat memperbaiki dan memberikan wajah baru kepada van ikonik pada satu ketika dahulu itu. Van-van itu diimport dari Selatan Amerika, diperbaharui dan selepas itu, menjualnya kepada orang ramai.

Ada sesetengah van yang telah diimport berusia 50 tahun namun apabila saja, Mauro Altamora dan mekanik beliau, Giacomo Nucci mendapatnya, van itu akan kelihatan lebih menarik dan akan mampu bersaing lagi di zaman moden ini. “Dengan penjagaan yang baik van ini akan mampu terus mencurahkan bakti lagi kepada anda malah tidak mampu ditewaskan oleh peredaran zaman. Kami menggunakan bahan-bahan yang kukuh namun masih mengekalkan enjin yang tulen,” kata Nucci kepada wartawan AFP sambil menunjukkan beberapa buah van yang selesai diubahsuai dan kelihatan sangat menarik walaupun hakikatnya van itu sudah berusia sudah lama.

Daripada kereta Ferrari kepada Fiat, Itali terkenal disebabkan oleh perkembangan kereta namun Nucci percaya tiada yang lebih baik daripada VW Camper. Beliau telah biasa dengan kereta-kereta klasik ini dan telah mengumpul koleksi van ini selama tujuh tahun. Ketika ini, semakin ramai pelanggan beliau telah menempah untuk memiliki van tersebut malah pihak perusahaan dan pemasaran tidak ketinggalan untuk melihat dengan lebih dekat van yang telah diubahsuai oleh dua orang pemuda itu.

Beberapa buah syarikat fesyen telah banyak kali bertanya untuk memasukkan potret gambar van tersebut ke dalam catalog mereka. Beliau menunjukkan beberapa buah van yang kelihatan sangat berkilat dengan pelbagai jenis warna. Apa yang menarik perhatian tentang kehebatan van ini ialah permukaan atasnya. Van ini terkenal sebagai sebuah pengangkutan yang hebat satu ketika dahulu dan lebih terkenal setelah ‘The Beastie Boys’ memperkenalkannya. Sekarang van tersebut kelihatan lebih baru dan menarik.

Van tersebut telah dicipta dan dibina di Jerman sehinggalah pada tahun 1979 dan di Brazil sehinggalah pada tahun 2013. – AFP
Van tersebut telah dicipta dan dibina di Jerman sehinggalah pada tahun 1979 dan di Brazil sehinggalah pada tahun 2013. – AFP
Van ini masih mampu menarik perhatian ramai dan mempesonakan para pengguna dan dilambangkan sebagai simbol kepada kebebasan. – AFP
Van ini masih mampu menarik perhatian ramai dan mempesonakan para pengguna dan dilambangkan sebagai simbol kepada kebebasan. – AFP

Keghairahan semasa zaman kanak-kanak

Namun kadang-kadang para pelanggan sangat cerewet. Kebanyakan pelanggan yang cerewet tidak mahu melihat van mereka mempunyai lubang-lubang kecil yang tidak dapat ditutup malah ada juga pelanggan ingin menukar enjin van kepada enjin Porsche. Altamore telah datang dengan beberapa idea untuk memperbaharui lagi van tersebut. Kebanyakan pelanggan kedua-dua pemuda ini bukan saja datang daripada Itali sendiri namun dari seluruh benua Eropah.

Di dalam gudang pejabat di mana van tersebut diperbaharui, terpapar beberapa slogan yang menarik yang mencirikan kehebatan van tersebut, ‘Peace and Love’. Apa yang pasti minat kedua-dua pemuda ini terhadap koleksi VW sudah wujud ketika kecil lagi dan telah mengumpul beberapa koleksi kereta permainan seperti kereta ikonik Volkswagen iaitu Beetle. Daripada penghasilan kereta Beetle kemudian barulah wujud, Van Camper.

Apabila beliau berusia 18 tahun, beliau telah menetapkan di dalam hati untuk membeli kereta Beetle namun ayah beliau tidak membenarkannya dan mengatakan bahawa kereta tersebut terlalu kuat memakan minyak. Setelah Beetle tidak dapat dimiliki, beliau telah membeli Van Camper dan sehingga kini, beliau sudah tidak ingat berapa buah campers telah beliau beli.

Van ini terkenal sebagai sebuah pengangkutan yang hebat satu ketika dahulu dan lebih terkenal setelah ‘The Beastie Boys’ memperkenalkannya. Sekarang van tersebut kelihatan lebih baru dan menarik. – AFP
Van ini terkenal sebagai sebuah pengangkutan yang hebat satu ketika dahulu dan lebih terkenal setelah ‘The Beastie Boys’ memperkenalkannya. Sekarang van tersebut kelihatan lebih baru dan menarik. – AFP

Selepas seabad yang lalu sementara Brazil memfokuskan dalam mengimport pakaian dan eksport perniagaan, Altamore membuat keputusan untuk menukar minda bisnes dan lebih memfokuskan kepada pembaharuan van tersebut dan sehingga ke hari ini, beliau masih ingat pelanggan pertama beliau. Setelah melihat potensi besar dalam perniagaan itu, Altamore telah meneruskan perniagaan itu dan dibantu dengan Nucci.

Simbol kebebasan

Bagi usaha untuk mengumpul kereta ini telah dilaksanakan selama enam bulan dan berkemungkinan besar akan dijual dalam harga 10,000 kepada 50,000 euro (AS$10,600 kepada AS$53,000).

Ramai beranggapan bahawa harga itu terlalu tinggi namun Altamora menyatakan van tersebut masih lagi terkenal di beberapa buah negara dan harga-harga barang van tersebut juga mahal. Sebuah van model 1955 telah dijual di Jerman dengan harga 200,000 euro iaitu sekitar AS$235,000 pada bulan November 2014.

Van tersebut telah dicipta dan dibina di Jerman sehinggalah pada tahun 1979 dan di Brazil sehinggalah pada tahun 2013. Van ini masih mampu menarik perhatian ramai dan mempesonakan para pengguna dan dilambangkan sebagai simbol kepada kebebasan.

“Anda boleh hidupkan enjin dan pergi ke mana saja anda ingin pergi. Anda akan merasa seperti membawa sebuah motosikal namun apa yang menarik, anda boleh tidur di dalam van ini dan membawa anak-anak anda sekali,” tambah Altamore mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP