Itali bantu Myanmar majukan akuakultur

Itali bantu Myanmar majukan akuakultur

YANGON, Myanmar, 20 Dis (Agensi) – Myanmar akan memajukan industri akuakultur dengan kerjasama Itali, menurut laporan rasmi hari ini yang memetik Kementerian Perikanan sebagai berkata.

Pada mesyuarat penyelarasan di jabatan itu, Itali berjanji menuediakan sokongan teknikal termasuk menyediakan bangunan dan makmal untuk membantu Myanmar memenuhi matlamatnya bagi pembangunan mapan dalam sektor perikanan negara itu terutama di wilayah pantai, pengurusan perikanan dan pengeluaran produk nilai tambah.

Kementerian penternakan, Perikanan dan Pembangunan Luar Bandar merancang untuk memperluaskan kapasiti latihan bagi para pekerja industri, kata laporan itu.

Pada masa ini, kementerian Myanmar dan Agensi Kerjasama Kerajaan Itali sedang melaksanakan projek pembangunan bagi industri kecil perikanan negara tersebut, tambah laporan itu.

Pada September lepas Itali berjanji menyediakan pinjaman AS$22.5 juta bagi projek pembangunan di Myanmar merangkumi projek prasarana di negeri-0negeri Kachin, Kayah dan Shan selain wilayah Bago untuk meluaskan akses kepada bekalan elektrik, air, perkhidmatan sanitasi serta penjagaan kesihatan.

Program itu adalah salah satu dari beberapa projek pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Myanmar, termasuk projek Emerald Green, yang berpotensi meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan di kawasan pedalaman.

ARTIKEL YANG SAMA