Itali boikot anugerah Ballon d’Or

Itali boikot anugerah Ballon d’Or

ROM, 13 Jan (AFP) – Jurulatih Itali, Antonio Conte dan kapten Gianluigi Buffon tidak terbabit dalam undian Ballon d’Or atas permintaan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sebagai protes kerana tiada nama Buffon dalam senarai calon, lapor media Itali hari ini.

Penjaga gol veteran Juventus itu tidak tersenarai sebagai calon awal yang dikeluarkan pada Oktober dengan lima penjaga gol dinamakan sebelumnya – Manuel Neuer, Iker Casillas, Thibaut Courtois, Claudio Bravo dan David Ospina.

Dan dalam senarai undian dikeluarkan FIFA pada awal pagi tadi selepas bintang Argentina dan Barcelona Lionel Messi menang buat kali kelima sebagai pemain terbaik dunia, keputusan untuk jurulatih Itali dan kapten itu tiada walaupun wartawan dari Itali turut mengundi.

Conte (kiri) dan Buffon (kanan) tidak terbabit dalam undian Ballon d’Or atas permintaan FIGC sebagai protes kerana tiada tersenarai sebagai calon. – Reuters
Conte (kiri) dan Buffon (kanan) tidak terbabit dalam undian Ballon d’Or atas permintaan FIGC sebagai protes kerana tiada tersenarai sebagai calon. – Reuters

Akhbar harian sukan Gazzetta dello Sport dan Corriere dello Sport mendakwa Conte dan Buffon tidak mengundi atas permintaan Persekutuan Bola Sepak Itali.

Ketiadaan Buffon mengejutkan Itali kerana dia dijangka berhak mendapat tempat berbanding penjaga gol Porto yang juga bekas pemain Real Madrid Casillas, pemain Barcelona Bravo dan penjaga gol Arsenal, Ospina selain penjaga gol Bayern Munich, Neuer serta Chelsea, Courtois. Pada usia 37 tahun, Buffon masih menjadi pilihan utama buat negaranya dan Juventus yang dibantunya untuk mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu.

ARTIKEL YANG SAMA