Itali bukan pilihan juara Euro – Toldo

Itali bukan pilihan juara Euro – Toldo

MILAN, 3 Jun – Bekas penjaga gol Itali, Francesco Toldo menyifatkan Itali bukanlah pasukan pilihan terutamanya selepas ketandusan pemain berstatus bintang namun dia tetap mengharapkan pemain muda mampu memberikan impak pada Kejohanan Eropah kali ini.

Anak buah Antonio Conte itu menamatkan pusingan kelayakan selaku juara kumpulan mengatasi Croatia dan Norway sekali gus menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Eropah.

Mereka bakal bertemu Belgium, Sweden dan Republik Ireland dalam Kumpulan E di mana perlawanan pembukaan menyaksikan mereka akan menentang Belgium di Lyon pada 13 Jun depan.

Toldo adalah antara tonggak yang membantu Azzuri mara ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah 2000, namun dia meragui kemampuan skuad bagi edisi kali ini yang dilihat tidak mampu untuk mara lebih jauh.

“Cabaran yang sukar buat Itali kerana memandangkan kita tertinggal begitu jauh berbanding pasukan yang lain,” kata bekas penjaga gawang Inter Milan itu.

Toldo menyifatkan Itali bukanlah pasukan pilihan juara Euro disebabkan faktor kekurangan pemain berstatus bintang. – AP
Toldo menyifatkan Itali bukanlah pasukan pilihan juara Euro disebabkan faktor kekurangan pemain berstatus bintang. – AP

“Secara jujurnya, saya tidak melihat satu pun pemain yang menyerlah malah skuad ini juga tiada pemain yang mampu menjadi pemimpin.

“Apapun, Itali masih memiliki pemain yang berpotensi. Conte melakukan tugasnya dengan baik kerana kami memiliki pemain muda yang memiliki prospek yang bagus yang akan menjadi harapan kita satu hari nanti.

“Jadi, barisan pemain muda ini perlu mendengar setiap arahan jurulatih. Mereka memiliki bakat dan kualiti cuma mereka perlu lebih yakin dan faktor itu akan menjadi perbezaannya.

“Namun bermain sebagai satu pasukan adalah lebih penting kerana seorang pemain tidak mampu melakukan perubahan.

“Bagi bola sepak moden, anda perlu kekal beraksi secara berpasukan selama 90 minit kerana jika tidak, anda tidak berpeluang untuk menang.” – Agensi

 

ARTIKEL YANG SAMA