Itali ‘kembalikan’ Verratti ke Paris

Itali ‘kembalikan’ Verratti ke Paris

ROM, 22 Mac – Pemain midfield Paris Saint-Germain, Marco Verratti dibenarkan pulang ke Perancis selepas pasukan doktor Itali mengisytiharkannya tidak cergas untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan yang akan datang menentang Sepanyol dan Jerman.

Pemain berbakat PSG itu terlepas persaingan Liga Juara-Juara menentang Chelsea dua minggu lalu selepas mengalami kekejangan pada pertengahan Januari lalu, dan sejak itu tidak dapat beraksi.

Kekecergasannya diragui lagi apabila dipanggil bagi perlawanan menentang Sepanyol Khamis ini dan Jerman Selasa depan.

Persekutuan Itali mendedahkan menerusi akaun Twitter bahawa pemain berusia 23 tahun itu dengan tekal keras dan hantaran tepat itu telah dihantar pulang.

“Marco Verratti telah melengkapkan pemeriksaan perubatan, dan dengan persetujuan yang diberikan PSG untuk kembali bersama kelabnya.”

Pemain utama dalam cabaran gelaran Perancis dan Eropah pasukan PSG musim ini, sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich, tetapi baru-baru ini melanjutkan kontrak bersama juara Perancis sehingga 2020.

“Kami semua memerlukannya tetapi dia perlu berehat,” kata pengurus PSG, Laurent Blanc apabila Verratti dihubungi. “Ia bukanlah kecederaan serius, tetapi menekannya tidak akan membantu.”

Pemain pertahanan Juventus, Andrea Barzagli juga menarik diri daripada perlawanan itu kerana kecederaan paha dan akan digantikan oleh rakan sepasukannya, Daniele Rugani, 21.

Ciro Immobile yang menjadi sasaran Torino juga cedera dan dia akan digantikan oleh pemain penyerang Anderlecht, Stefano Okaka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA