Itali kempunan Piala Dunia 2018

Reaksi Ciro Immobile dan Andrea Belotti selepas tewas dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua bola sepak Piala Dunia antara Itali dan Sweden, di stadium Milan San Siro, Itali, pada 13 November 2017. – AP

MILAN, 14 Nov – Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon sah akan menamatkan karier di pentas antarabangsa selepas skuad juara empat kali itu gagal mara ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

Buffon, 39, beraksi buat kali ke-175 dan kali terakhir ketika Itali tumbang 0-1 secara agregat, dalam penentuan playoff kepada Sweden selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di San Siro, pagi tadi.

Keputusan itu menamatkan karier Buffon sepanjang 20 tahun terbabit di pentas antarabangsa termasuk ketika Itali menjulang Piala Dunia pada 2006.

 

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

http://digital.mediapermata.com.bn