Itali mahu jawapan Kaherah terhadap kematian pelajarnya

Itali mahu jawapan Kaherah terhadap kematian pelajarnya

ROME, 7 April (AFP) – Pegawai-pegawai rasmi Mesir yang mengendalikan siasatan terhadap penyeksaan dan pembunuhan Giulio Regeni mengadakan taklimat kepada rakan sejawatnya Itali hari ini dalam kemajuan kes tersebut yang telah menyebabkan perpecahan yang mendalam antara kedua-dua negara.

Marah dengan perkembangan kes siasatan yang lambat dan dilihat kurang memberi kerjasama dari Kaherah, Itali telah memberi amaran kepada sekutunya yang ia tidak akan berpuas hati terhadap ‘perbuatan’ nasib pelajar Cambridge berusia 28 tahun yang mengerikan itu.

Rom juga telah menimbulkan kemarahan orang-orang Mesir dengan amaran yang diberikan jika penyiasat Mesir tidak menyerahkan bukti utama. Kes itu adalah satu ujian kepada Perdana Menteri Itali Matteo Renzi, yang telah membuat hubungan perdagangan dan keselamatan yang rapat dengan presiden yang disokong tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, tetapi tekanan telah meningkat dengan kemarahan orang ramai terhadap kes Regeni itu.

“Hubungan ini merupakan satu perjanjian yang besar buat Itali tetapi Mesir telah membatalkan kebanyakan kredit mereka dalam tempoh dua bulan lepas dengan cara yang tidak begitu pintar,” kata Mattia Toalda, seorang pakar Dasar Luar Itali di Majlis Eropah pada Hubungan Luar (ECFR) di London. Toalda menyifatkan Mesir telah membentangkan ‘enam versi berbeza’ terhadap apa yang berlaku kepada pelajar, ‘setiap seorang manaburkan hinaan daripada yang lain’.

Regeni, 28, telah hilang di Kaherah pada 25 Januari. Mayatnya ditemui di pinggir bandar tersebut pada 3 Februari yang mengandungi tanda-tanda penyeksaan selama beberapa hari, hasil daripada pemeriksaan autopsi. Ibunya telah berkata mayatnya dalam keadaan cacat, dia hanya boleh mengenalinya dengan hujung hidungnya.

ARTIKEL YANG SAMA