Itali sedia sekat Zlatan

Itali sedia sekat Zlatan

MONTPELLIER, Perancis, 16 Jun (AFP) – Zlatan Ibrahimovic telah menghantui pertahanan lawan dalam Serie A selama tujuh musim tetapi usaha Sweden untuk menyelamatkan kempen Euro 2016 bakal menghadapi tentangan sengit Itali, esok.

“Zlatan boleh menekan keseluruhan pasukan lawan bersendirian tetapi kami perlu menumpukan perhatian kepada permainan kami jugha dan cuba untuk menghadkan kekuatan mereka,” kata pemain sayap Itali Lazio Antonio Candreva.

Selepas seri 1-1 dengan Republik Ireland di mana Ibrahimovic gagal bersinar walaupun memainkan peranan penting dalam gol lewat Ciaran Clark sendiri, Sweden berada di bawah tekanan menjelang perlawanan aksi Kumpulan E di Toulouse, esok.

Jika tewas, pasukan Scandinavia itu perlu menundukkan Belgium dalam perlawanan terakhir kumpulan dan berharap selesai antara empat pasukan terbaik tempat ketiga untuk mara ke pusingan 16 terakhir. Bagaimanapun, jurulatih Sweden Erik Hamren sudah mula ragu-ragu .

“Walaupun kami berjaya bangkit dan menyamakan kedudukan, saya kecewa. Kami perlu bermain pada tahap 300 peratus untuk mara,” katanya selepas seri aksi pembukaan.

Ibrahimovic ketika bersaing dengan Robert Brady (kiri) dari Ireland dalam aksi Euro 2016 Kumpulan E di Stade de France, 13 Jun lalu. – AFP
Ibrahimovic ketika bersaing dengan Robert Brady (kiri) dari Ireland dalam aksi Euro 2016 Kumpulan E di Stade de France, 13 Jun lalu. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Sweden benar-benar memerlukan bakat Ibrahimovic sebagai senjata berbisa mereka sejak beberapa musim. Sebagai salah seorang penyerang paling digeruni di dunia, keupayaan Ibrahimovic untuk melakukan gerakan jaringan menakjubkan ternyata menggembirakan peminta sejak sedekad yang lalu.

Beliau menyumbat 11 ​​gol untuk Sweden pada kempen kelayakan, kurang dua gol berbanding Robert Lewandowski. Dengan tekanan sekarang lebih kepada penyerang Itali, jurulatih Antonio Conte bingkas memberikan amaran.

“Saya amat suka dengan Ibra terutama apabila dia bermain untuk pasukan kebangsaan. Dia mempunyai banyak watak dan memimpin melalui teladan,” kata pengendali Itali itu.

“Dia menjadi lebih kuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dia masih membangun. Dia seorang pemain yang sangat kuat dan boleh menjejaskan kestabilan keseluruhan pasukan.”

Walaupun perlawanan esok akan menjadi kesempatan yang paling sempurna untuk beliau menutup mulut pengkritiknya, Itali pula tidak akan mensia-siakan keyakinan yang baru mereka temui itu dengan mudah.

ARTIKEL YANG SAMA