Itali selamatkan 4,000 pendatang

Itali selamatkan 4,000 pendatang

ROME, 13 April (AFP) – Pengawal pantai Itali, hari ini mengatakan ia telah menyelamatkan kira-kira 4,000 pendatang dalam masa dua hari lalu, sambil menambah kepada kebimbangan dorongan pendatang untuk mencapai Eropah melalui laluan itu apabila bilangan pendatang mendarat di Greece semakin berkurangan.

Pada hari Selasa, seramai 2,154 pendatang telah dibawa dengan selamat di Selat Sicily antara Itali dan Utara Afrika, dimana sebanyak 1,850 diselamatkan di kawasan itu pada Isnin, kata pengawal pantai. Sejumlah 25 operasi menyelamat yang melibatkan 16 bot kecil ‘dinghies’ dan perahu dayung, kata pegawai. Semua penumpang terselamat.