Itali tinggalkan Balotelli

Itali tinggalkan Balotelli

MILAN, 4 Okt (AFP) – Pemain penyerang AC Milan Mario Balotelli diperlekehkan apabila jurulatih Itali Antonio Conte mendedahkan senarai 27 pemain bagi saingan kelayakan Euro 2016 yang membuat keputusan tidak menurunkannya untuk menentang Azerbaijan dan Norway.

Balotelli kembali kepada juara Eropah tujuh kali Milan melalui pinjaman dari Liverpool musim panas ini dalam bidaan untuk menemui rentak permainannya semula. Tetapi pemain Itali itu hanya bermain dua kali untuk Milan pada musim ini, menjaringkan gol pertamanya pada kemenangan 3-2 menentang Udinese dua minggu lepas.

Balotelli belum menjalani latihan bersama Milan minggu ini apabila dia masih dalam pemulihan ke atas cedera ringan pada ototnya, dan belum dipanggil ke skuad Sinisa Mihajlovic untuk perlawanan Serie A menentang Napoli.

ARTIKEL YANG SAMA