ITB East juarai Piala ITB 3×3

ITB East juarai Piala ITB 3×3

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Pasukan Bola Keranjang Institut Teknologi Brunei (ITB) East hari ini muncul juara apabila berjaya menumpaskan Pasukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) sekali gus menjadi juara Piala ITB 3×3 Iginition di Fitness Zone Kiulap, di sini.

Tampil di tempat ketiga ialah Pasukan Bola Keranjang Laksamana College of Bussines dan di tempat keempat Pasukan Bola Keranjang Jerudong International School.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah pada kejohanan itu ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar ITB, Awang Jeffry bin Haji Bungsu yang turut berpeluang bergambar ramai bersama kesemua peserta dan jawatankuasa pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan itu.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan itu.