ITB rai bakal graduan

ITB rai bakal graduan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Seramai 112 orang bakal graduan terdiri daripada 27 lelaki dan 85 perempuan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sempena Pesta Konvokesyen ke-2 Institut Teknologi Brunei di Masjid Universiti, Lebuh raya Tungku Link hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Timbalan Menteri Pendidikan Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, serta Naib Canselor ITB Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, para pegawai kanan Kementerian Pendidikan dan ITB.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ITB, di sini, hari ini, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin, diikuti bacaan surah-surah oleh para peserta khatam yang diketuai bakal graduan dari Program HND dalam Perniagaan (Kewangan), Awang Mohamad Naqiuddin bin Awang Mohammad Salleh, disusuli dengan bacaan takhtim. Doa khatam dibacakan oleh bakal graduan dari Program HND dalam Perniagaan (Pengurusan), Awang Muhammad Nazirul Mubin bin Haji Zulzali, manakala doa selamat dibacakan oleh Imam Masjid Universiti, Haji Mohd Zahid bin Haji Mohd Zain.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah pada Majlis Khatam Al-Quran bakal graduan ITB, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah pada Majlis Khatam Al-Quran bakal graduan ITB, kelmarin.

pg10_151029_b

Pesta Konvo ke-2 ITB telah disempurnakan perasmiannya pada 24 Oktober 2015 oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor ITB.

Manakala Majlis Konvokesyen 2015 ITB bagi seramai 393 bakal graduan Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Tertinggi Kebangsaan Tahap 5 dan Diploma Tertinggi Kebangsaan BDTVEC akan berlangsung pada 31 Oktober 2015 di Pusat Persidangan Antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA