Ivanovic mara ke separuh akhir

Ivanovic mara ke separuh akhir

PARIS, 3 Jun (Reuters) – Bekas Juara Ana Ivanovic mula berbisa semula apabila dengan mudah sahaja menewaskan pemain dari Ukraine Elina Svitolina 6-3, 6-2 semalam untuk terus mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis

Pemain Serbia yang telah menjulang piala Suzanne Lenglen pada 2008 itu, mengatasi cuaca yang berangin dan akan berdepan sama ada Garbine Muguruza dari Sepanyol atau Lucie Safarova dari Republik Czeh.

Ivanovic mengawal di awal perlawanan dan tidak membenarkan lawannya mengatasinya di gelanggang Philippe Chatrier.

Dia menyudahkan perlawanan yang berat sebelah itu pada mata kemenangan ketiga dengan pukulan hantaran forehand dan layak ke separuh akhir grand slam buat pertama kali sejak 2008.

“Saya tidak pasti jika saya harus berasa tua atau gembira,” kata atlit berusia 27 tahun itu sewaktu temu bual.

“Satu-satunya yang saya dapat buat adalah kekal tenang. Bola bergerak di merata tempat.”

Pukulan forehand Ivanovic yang tajam memberikan mata pematah pertama apabila dia mula berada di depan 2-0, disaksikan oleh teman lelakinya , pemain tengan bola sepak Jerman Bastian Schweinsteiger.

Dia mematahkan lagi servis untuk membawa mata 3-1.

Apabila matahari semakin terik dan pemerhati mula pulang semula dari rehat tengah hari untuk melihat Ivanovic memenangi set pertama 6-3.

Dia sekali lagi merampas servis Svitolina pada permainan pertama dan menghadang pemain lawan mematahkan servisnya dua kali bagi 2-0. Dia mematahkan lagi servis untuk 5-2 dan menyudahkan pada perlawanan pada servisnya.

ARTIKEL YANG SAMA