Ivory belasah Mali 3-1

Ivory belasah Mali 3-1

JOHANNESBURG, 9 Okt – Tiga gol membolehkan Ivory Coast untuk menewaskan Mali 3-1 semalam dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sementara Burkina Faso mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Afrika Selatan selepas mensia-siakan dua sepakan penalti.

Pasukan Demokratik Republik Congo membenam Libya 4-0, Senegal mengatasi Cape Verde 2-0 dan Gabon menentang Maghribi seri 0-0 dalam satu lagi pertembungan Arika.

Sambou Yatabare mengejutkan juara Afrika, Ivory Coast dengan membuat larian terhadap hantaran tinggi dan membuat sepakan yang menewaskan penjaga gol, Sylvian Gbohouo bagi pendahulu lebih awal di Bouake.

Tetapi pasukan Ivory memberikan respons dengan berkumpul di depan pintu gawang Mali dan Jonathan Kodija dan Gervinho menjaringkan gol pada minit kesembilan ketika Salif Coulibaly menjaringkan gol sendiri.

Kodija, yang baru–baru ini ditandatangani oleh pasukan divisyen dua Inggeris, Aston Villa, menyamakan kedudukan pada minit ke-25 dengan meledakkan jaringan dai luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Oumar Sissoko.

Mali ketinggalan apabila Coulibaly menyudahkan rembatan leret ke jaringnya lima minit kemudian dan Gervinho yang berpangkalan di China menjaringkan gol ketiga dari luar kawasan penalti.

Ia adalah satu permulaan yang hebat bagi pasukan kelayakan Piala Dunia tiga kali itu, Ivory Coast dalam Kumpulan C, terutamanya pesaing terdekat seperti Maghribi terikat 0-0 kepada hos Piala Negara Afrika 2017, Gabon, di Franceville. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA