Ivory Coast tanpa Toure

Ivory Coast tanpa Toure

JOHANNESBURG, 2 Sept (AFP) – Pasukan Ivory Coast beraksi tanpa pemain bintang Yaya Toure hujung minggu ini yang mereka harapkan adalah 10 perlawanan pendakian ke kemuncak bola sepak Afrika.

Pemegang gelaran Piala Negara–Negara itu berada dalam Kumpulan I bersama Sierra Leone dalam perlawanan yang ditukar dari Freetown ke ibu negara komersial Nigeria, Lagos kerana wabak Ebola.

Ia adalah empat perlawanan kelayakan pertama pasukan ‘Gajah’ ketika mereka memburu kedudukan teratas dan menyelamatkan tempat pada persaingan 2017 di Gabon. Ivory Coast mendapat bye Jun lalu dalam perlawanan mini liga tiga pasukan yang dilengkapkan oleh Sudan.

Jurulatih baru Perancis kelahiran Ivory Coast, Michel Dussuyer perlu melakukan tugasan tanpa bintang Toure dan Wilfired Bony termasuk midfield Newcasatle United, Cheick Tiote.

Toure ketika menentang Everton di Goodison Park 23 Ogos lalu. – Reuters
Toure ketika menentang Everton di Goodison Park 23 Ogos lalu. – Reuters

Kapten pasukan kebangsaan, Toure, yang dpilih menjadi Pemain Terbaik Afrika untuk kali keempat berturut–turut sejak 2011, meminta untuk tidak dimasukkan sambil mempertimbangkan masa depannya untuk beraksi dalam arena antarabangsa.

Midfield berusia 32 tahun itu yang pakar menyudahkan sepakan percuma dari luar kotak penalti terjejas rentak apabila kembali Februari lalu dari kejayaan kempen Piala Negara 2015 di Equatorial Guinea.

Dussuyer, bekas penjaga gol yang membimbing Guinea ke persaingan suku akhir Piala Negara–Negara tahun ini sebelum bersara, berharap Toure hanya mengambil rehat sementara.

Penyerang Burly, Bony mengalami kecederaan dan Dussuyer berkata Tiote tidak memberikan respons selepas beberapa usaha untuk menghubunginya.

Jurulatih Ivory Coast bagaimanapun gembira dengan rentak Liga Juara-Juara Seydou Doumbia bersama CSKA Moscow.