Ivy League juara

Ivy League juara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Pasukan pimpinan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Ivy League, hari ini muncul juara Kejohanan Bola Jaring SPORTSBru dan Rejuven8 yang Pertama tahun 2016.

Perlawanan yang diadakan di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas itu menyaksikan Ivy League mengekalkan rekod tanpa kalah bermula pada peringkat kumpulan sehingga peringkat akhir dan mangsa terakhir Ivy League untuk merangkul kejuaraan adalah Pasukan Revival yang terpaksa akur dengan kekalahan 13 – 9.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pula menyaksikan Pasukan Target tampil di tempat ketiga setelah berjaya menewaskan Pasukan Herricanes dengan mata 21-15.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan memimpin pasukannya Ivy League dalam Kejohanan Bola Jaring SPORTSBru dan Rejuven8 yang Pertama tahun 2016.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan memimpin pasukannya Ivy League dalam Kejohanan Bola Jaring SPORTSBru dan Rejuven8 yang Pertama tahun 2016.
Gambar ramai bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
Gambar ramai bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengerusi Rejuven8, Emela Abdullah dan Pengerusi SPORTSBru Muhammad Wafi bin Haji Ahmad.

Sebanyak 13 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan berentap pada kejohanan tersebut, di antaranya ialah Muara Vella, Ivy League, Revival, Strivers XOXO, Beez Netters, Zero1 dan 10Plus di dalam Kumpulan A dan Kumpulan B pula terdiri daripada 3BZ, 69A, 69B, Emerald, Target and Herricanes.

ARTIKEL YANG SAMA