Iwabuchi heroin Jepun

Iwabuchi heroin Jepun

EDMONTON, Kanada, 28 Jun (AFP) – Jaringan lewat pemain gantian Mana Iwabuchi membolehkan Jepun melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Wanita semalam dengan kemenangan 1-0 ke atas Australia.

Iwabuchi, 22, memecahkan kebuntuan selepas minit ke-87 dalam persaingan suku akhir yang tegang didominasi oleh Jepun dalam keadaan suhu 31 darjah Celsius di Edmonton.

Ia membolehkan juara 2011 itu mara ke fasa empat pasukan terakhir di mana mereka akan bertemu England yang menewaskan Kanada 2-1 di Vancouver semalam.

Separuh akhir kedua akan menyaksikan pertembungan Jerman dan AS, yang mana kedua-duanya adalah bekas pemenang dua kali dan beraksi di Ottawa untuk pertembungan ini nanti.

“Ketika pemain Australia merasa letih saya berkata kepada Mana apabila saya menurunkannya: Anda akan menentukannya,” jelas jurulatih Norio Sasaki mengenai penyerang itu yang diturunkan selepas minit ke-72.

Mana Iwabuchi (16) meraikan jaringan bersama rakan semasa menentang Australia dalam suku akhir Piala Dunia Wanita di Stadium Komanwel di Edmonton semalam. – AFP
Mana Iwabuchi (16) meraikan jaringan bersama rakan semasa menentang Australia dalam suku akhir Piala Dunia Wanita di Stadium Komanwel di Edmonton semalam. – AFP

Ia adalah persaingan separuh akhir Piala Dunia pertama England dan kapten Steph Houghton berkata: “Kami tahu ia akan menjadi persaingan besar menentang Jepun Rabu nanti. Kami perlu menghormati mereka. Mereka adalah juara dunia.

“Sekarang adalah mengenai mengembalikan kegembiraan malam ini berbanding membuat perjalanan ke Edmonton dan cuba yang terbaik untuk mara ke final.”

Pasukan Jepun berbahaya lebih awal tetapi hanya sedikit untuk dipamerkan dari usaha mereka ketika 20 minit pertama di Stadium Commonwealth.

Pemain penyerang Shinobu Ohno mengancam ‘Nadeshiko’ tetapi mengenai palang, dan sejurus selepas itu rembatannya tersasar keluar.

Penjaga gawang Matildas, Lydia Williams jelas begitu kental apabila berjaya menepis keluar rembatan kapten pasukan Jepun, Aya Miyama pada minit ke-33.

ARTIKEL YANG SAMA