Jabatan Banda...

Jabatan Bandaran adakan projek amal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Jabatan Bandaran, Bandar Seri Begawan (BSB) melalui Bahagian Khidmat Bantu dan Pemeliharaan Kenderaan hari ini mengadakan projek amal di Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak.

Projek amal berkenaan merupakan kesinambungan kerja-kerja amal yang dilakukan setiap tahun menjelang bulan Ramadan.

Dalam kenyataan Jabatan Bandaran BSB yang dikeluarkan di sini hari ini, projek amal itu adalah kegiatan kemasyarakatan melalui kerja-kerja pembersihan dan sumbangan amal kebajikan.

Dalam kegiatan di masjid tersebut, warga Jabatan Bandaran BSB melakukan kerja-kerja pemotongan rumput, mencantas tumbuhan menjalar pada masjid, membersihkan longkang-longkang dan menghiasi bunga di perkarangan masjid dan banyak lagi.

Turut serta dalam projek itu ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran BSB, Dr Hajah Mas Suriaia Wati binti Haji Abdul Hamid, para pegawai dan kakitangan jabatan tersebut