Jabatan Bandaran KB terima tiga buah trak baru

Jabatan Bandaran KB terima tiga buah trak baru

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 20 Ogos – Jabatan Bandaran Kuala Belait, kini mempunyai dua buah trak sampah dan sebuah trak vakum baru yang diharapkan dapat meningkatkan lagi perkhidmatan dan pemeliharaan terutama bagi perkhidmatan pengangkutan sampah dan pembersihan longkang-longkang serta perangkap minyak di bawah kawalan jabatan itu.

Majlis menepung tawar bagi tiga buah kenderaan baru itu telah berlangsung di Bahagian Bengkel Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, di sini, hari ini, dengan disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Mumong, Yang Berhormat Haji Mohammad Yussof bin Haji Dulamin.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Mat Yassin serta pegawai-pegawai kanan jabatan tersebut.

Penggantian trak-trak baru ini juga akan dapat menangani hal ehwal kebersihan dan pembersihan sesuai dengan perancangan strategik jabatan itu bagi meningkatkan tahap kualiti kehidupan penduduk di Kuala Belait dan Seria.

Majlis menepung tawar trak baru disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Awang Mohammad Yussof.
Majlis menepung tawar trak baru disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Awang Mohammad Yussof.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pegawai kanan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sejurus selepas majlis menepung tawar tiga kenderaan trak sampah dan trak vakum baru.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pegawai kanan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sejurus selepas majlis menepung tawar tiga kenderaan trak sampah dan trak vakum baru.