Jabatan Bandaran meriahkan Syawal

Jabatan Bandaran meriahkan Syawal

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 27 Julai – Bulan Syawal sudah semakin menghampiri penghujungnya, namun sambutannya masih semarak dan meriah diadakan oleh pelbagai pihak termasuklah Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, di sini, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan, di sini, itu dihadiri oleh Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Sarih bin Tabong selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin serta pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Bagi menambah ceriakan lagi suasana majlis tersebut, pertandingan hiasan bilik-bilik dan pondok bahagian-bahagian, jabatan dan sebagainya, turut diadakan.

Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Pelbagai hidangan turut disajikan, menambah meriahkan lagi suasana pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Pelbagai hidangan turut disajikan, menambah meriahkan lagi suasana pada Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Majlis tersebut juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan untuk menonjolkan kreativiti dan idea kepada kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan di samping memperkuatkan lagi semangat berpasukan dan memupuk sifat persefahaman selain secara tidak langsung dihasratkan untuk menerapkan dalam kerja-kerja harian mereka.

Lebih 300 orang dalam kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan serta keluarga Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menghadiri majlis tersebut yang juga merupakan salah satu aktiviti jabatan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

Majlis turut menyaksikan acara penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat.