Jabatan Bomba dan Penyelamat bersihkan kubur

Jabatan Bomba dan Penyelamat bersihkan kubur

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Bagi menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di bulan Ramadan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat kelmarin telah mengadakan majlis membersihkan tanah perkuburan pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang telah kembali kerahmatullah di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Halangan Besar, Kampung Tamoi.

Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman, Pencegah Kebakaran, Cawangan Operasi ‘ C’ dan Skuad Khas dan Unit Operasi .

Selesai daripada kerja-kerja membersihkan tanah perkuburan itu, bacaan Surah Yasin dan Tahlil beramai-ramai.

Membersihkan tanah perkuburan pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang telah kembali ke rahmatullah itu adalah merupakan di antara aktiviti atau program keagamaan yang telah disusun sempena bulan Ramadan dalam mengenang jasa dan bakti warga Bomba yang telah kembali ke rahmatullah.

Suasana semasa majlis membersihkan tanah perkuburan itu diadakan.
Suasana semasa majlis membersihkan tanah perkuburan itu diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA