Jabatan Bomba dan Penyelamat bertahlil di Makam Diraja

Jabatan Bomba dan Penyelamat bertahlil di Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-56 Jabatan Bomba dan Penyelamat, rombongan dari jabatan tersebut telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri oleh seramai 200 orang yang terdiri daripada para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haji Adanan bin Haji Ahmad.

Haji Mohd ‘Abdoh dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat semasa bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Haji Mohd ‘Abdoh dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat semasa bertahlil di Kubah Makam Diraja.