Jabatan Hal Ehwal Masjid anjur Majlis Tahlil

Jabatan Hal Ehwal Masjid anjur Majlis Tahlil

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini, mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bagi keluarga pegawai dan kakitangan Masjid Daerah Brunei dan Muara yang telah kembali ke rahmatullah tahun 1437H/2016M.

Majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah, seterusnya Doa Kesyukuran dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ketua Imam masjid berkenaan, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan derma khairat yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh kepada tujuh orang pegawai dan kakitangan Masjid Daerah Brunei dan Muara yang ahli keluarga mereka telah kembali ke rahmatullah.

Sumbangan berkenaan adalah selaras dengan dasar jabatan itu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Haji Abdul Rajid menyampaikan sumbangan derma khairat kepada wakil ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah.
Haji Abdul Rajid menyampaikan sumbangan derma khairat kepada wakil ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

ARTIKEL YANG SAMA