Jabatan Hal Ehwal Syariah beramal

Jabatan Hal Ehwal Syariah beramal

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Buat kali ketiga berturut-turut, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Projek Amal Halawah Ramadan yang bermatlamat untuk memberi sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tumpuan projek amal pada kali ini adalah kawasan Kampung Mentiri, Kampung Pelambayan dan Kampung Dato Gandi.

Dalam program ini, rombongan Jabatan Hal Ehwal Syariah yang diketuai Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Syariah, KHEU, Hajah Zakiah binti Haji Taib, mengunjungi rumah enam buah keluarga untuk menyerahkan sumbangan barang keperluan seharian serta bantuan kewangan daripada pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.

Hajah Zakiah menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima.
Hajah Zakiah menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima.
Pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Syariah mengangkat barang sumbangan ke rumah penerima.
Pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Syariah mengangkat barang sumbangan ke rumah penerima.
Rombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Syariah ketika mengunjungi rumah salah seorang penerima bantuan di Kampung Pelambayan.
Rombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Syariah ketika mengunjungi rumah salah seorang penerima bantuan di Kampung Pelambayan.

Adapun objektif projek ini diadakan adalah untuk memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kalangan warga jabatan, menanamkan sifat tidak camah mata dalam membantu sesama saudara Islam dan menanamkan rasa kecintaan dan ukhuwah.

Dengan adanya bantuan tersebut, ia diharap akan dapat membantu mengurangkan beban keluarga-keluarga berkenaan dalam menjalani kehidupan seharian terutama dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini dan menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba.

Turut hadir mengikuti rombongan tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Syariah, Haji Saharuddin bin Haji Patra.

ARTIKEL YANG SAMA