Jabatan Kemajuan Perumahan bersih tanah perkuburan

Jabatan Kemajuan Perumahan bersih tanah perkuburan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, menjadi kelaziman bagi umat Islam mengambil kesempatan untuk menziarahi dan membersihkan tanah perkuburan bagi mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Turut mengadakan aktiviti berkebajikan berkenaan ialah pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan yang bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam di Makam Di Luba, Perpindahan Bunut, kelmarin.

Turut serta pada aktiviti tersebut ialah Pengarah Kemajuan Perumahan, Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria.

Kerja-kerja pembersihan berkenaan disusuli dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang mana aktiviti keagamaan dan kebajikan seumpama ini merupakan aktiviti amal jabatan dalam mengeratkan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan.

Suasana kerja gotong-royong di Makam Di Luba.
Suasana kerja gotong-royong di Makam Di Luba.

ARTIKEL YANG SAMA