Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat meriahkan Lebaran

Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat meriahkan Lebaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Badan Kebajikan dan Sukan jabatan berkenaan, kelmarin.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat itu dihadiri oleh Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis I (Pertama) kepada Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Majlis diserikan dan dimeriahkan lagi dengan hidangan pelbagai tema masakan yang disediakan oleh setiap bahagian di Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.

Tetamu kehormat memotong kek di majlis sambutan itu.
Tetamu kehormat memotong kek di majlis sambutan itu.

ARTIKEL YANG SAMA