Jabatan Mufti raikan Aidilfitri

Jabatan Mufti raikan Aidilfitri

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Dalam kemeriahan bulan Syawal yang memasuki hari kelapan ini, Jabatan Mufti Kerajaan turut tidak ketinggalan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang dihoskan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned di Bangunan Darulifta, Jabatan Mufti Kerajaan.

Ketibaan Yang Berhormat Pehin ke majlis itu telah dialu-alukan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof; Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Mohd Sofian bin Haji Basri, ketua-ketua bahagian, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.

Awang Mohammad Sofian semasa berucap di majlis itu, berkata majlis sambutan berkenaan merupakan salah satu tradisi jabatan setiap kali menjelangnya bulan Syawal yang bertujuan bagi memberikan peluang kepada warga Jabatan Mufti Kerajaan bersua muka, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Yang Berhormat Mufti Kerajaan menyampaikan sumbangan derma kepada penerima (kanan).
Yang Berhormat Mufti Kerajaan menyampaikan sumbangan derma kepada penerima (kanan).
Yang Berhormat Mufti Kerajaan bersilaturahim bersama ahli kakitangannya.
Yang Berhormat Mufti Kerajaan bersilaturahim bersama ahli kakitangannya.

pg08_160714_c

Kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan menikmati jamuan yang disediakan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.
Kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan menikmati jamuan yang disediakan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Majlis menyaksikan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan bersilaturahim bersama Mufti Kerajaan di samping itu menikmati hidangan jamuan yang disediakan.

Di samping itu, majlis turut diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada tiga orang penerima yang telah dipilih oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA