Jabatan Muzium-muzium sambut Hari Muzium hari ini

Jabatan Muzium-muzium sambut Hari Muzium hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Jabatan Muzium-Muzium akan menyambut Hari Muzium dan Arkib Antarabangsa dengan mengadakan pameran dan pelbagai aktiviti bermula 11 pagi hingga 9 malam, esok, di Airport Mall, Kampung Berakas.

Dengan tema ‘Muzium dan Arkib untuk Masyarakat Berdaya Tahan’ sambutan tahun ini dimeriahkan dengan memperkenalkan bahan-bahan promosi baru Jabatan Muzium-Muzium, yang mana risalah dan poster-poster disediakan bagi mengenalkan orang ramai tentang muzium dan galeri di bawah pentadbiran jabatan itu.

Selain daripada itu, orang ramai juga dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat khusus mengenai pemeliharaan bahan-bahan budaya yang ada dalam simpanan peribadi.

Tayangan filem-filem lama juga disediakan untuk pengunjung termasuk kuiz berkaitan dengan perkhidmatan jabatan, dan buku-buku terbitan Jabatan Muzium-Muzium serta edisi terhad bahan-bahan kenangan sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Muzium-Muzium turut dijual kepada pengunjung.

ARTIKEL YANG SAMA