Jabatan Penerangan rai penubuhan di Tutong

Jabatan Penerangan rai penubuhan di Tutong

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TUTONG, 26 Mei – Setelah kejayaan dua sirinya di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong, Jabatan Penerangan telah meneruskan lagi majlis memperingati penubuhannya yang ke-63 tahun di Daerah Tutong, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, itu dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Muhd Taha bin Abdul Rauf selaku tetamu kehormat majlis.

Di majlis itu, Pemangku Pengarah Jabatan penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad selaku pengerusi majlis, telah menyampaikan buku berilustrasi bertajuk ‘Kedamaian dan kepelbagaian Temburong’ kepada wakil agensi-agensi kerajaan di daerah ini disusuli perasmian pameran yang akan berakhir esok.

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat, sebelum laungan lagu kebangsaan dan nyanyian lagu patriotik Bendera Negara oleh Kumpulan Koir Jabatan Penerangan.

Pada acara dua hari itu, pelbagai aktiviti disediakan di sana antaranya kuiz kenegaraan, bicarawara Pelita Brunei, Pidato Penerangan dan jerayawara penerangan.

Tetamu Kehormat menyampaikan buku berilustrasi kepada Pegawai Daerah Tutong.
Tetamu Kehormat menyampaikan buku berilustrasi kepada Pegawai Daerah Tutong.
Antara yang hadir di majlis memperingati penubuhan Jabatan Penerangan ke-63 tahun di Daerah Tutong, kelmarin.
Antara yang hadir di majlis memperingati penubuhan Jabatan Penerangan ke-63 tahun di Daerah Tutong, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA