Jabatan Penjara anjur Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Jabatan Penjara anjur Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Jabatan Penjara, hari ini, telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Yasin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.

Majlis yang diadakan bersempena Penubuhan Jabatan Penjara ke-62 itu dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam.

Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap dan Pemangku Pengarah Jabatan Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa yang dipimpin oleh Haji Rahim bin Jama Soleh.

Haji Mohd ‘Abdoh yang turut menyertai Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja.
Haji Mohd ‘Abdoh yang turut menyertai Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja.