Jabatan Penjara korban tiga ekor kerbau

Jabatan Penjara korban tiga ekor kerbau

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Jabatan Penjara, hari ini, telah mengadakan majlis ibadah korban sempena memeriahkan Hari Raya Aidiladha, di Pusat Latihan Jabatan Penjara.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat.

Majlis dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya dan diteruskan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Guru Ugama Institusi Jabatan Penjara, Haji Rahim bin Jumasoleh.

Pada tahun ini, Jabatan Penjara telah mengorbankan tiga ekor kerbau bagi ibadah korban sunat dan akikah yang disertai oleh seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

Majlis juga diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban kepada para peserta yang disampaikan oleh pemangku pengarah Jabatan Penjara.

Antara yang hadir pada majlis Hari Raya Aidiladha berkenaan.
Antara yang hadir pada majlis Hari Raya Aidiladha berkenaan.
Haji Ismail ketika mengagihkan daging-daging korban kepada para penerima.
Haji Ismail ketika mengagihkan daging-daging korban kepada para penerima.

ARTIKEL YANG SAMA