Jabatan Perikanan anjur taklimat Amalan Baik Kebersihan

Jabatan Perikanan anjur taklimat Amalan Baik Kebersihan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Kira-kira 80 orang pengusaha tempatan yang bergiat dalam sektor perikanan termasuk kapal menangkap ikan, akuakultur dan pemprosesan ikan telah menghadiri taklimat mengenai Amalan Baik Kebersihan anjuran Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, hari ini.

Pegawai-pegawai perikanan semasa menyampaikan taklimat tersebut.
Pegawai-pegawai perikanan semasa menyampaikan taklimat tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Perikanan, Awang Abdul Halidi bin Mohd Salleh yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, objektif utama taklimat ini adalah bagi memberigakan ‘Amalan Baik Kebersihan’ yang disediakan oleh Jabatan Perikanan yang dapat digunakan oleh ketiga-tiga sektor perikanan iaitu industri kapal menangkap ikan, akuakultur dan pemprosesan ikan. Sesi soal jawab turut diadakan bersama pengusaha.

 

ARTIKEL YANG SAMA