Jabatan Pertanian & Agrimakanan anjur majlis tahlil

Jabatan Pertanian & Agrimakanan anjur majlis tahlil

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Para pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Bertahlil dan Doa Arwah, di salah sebuah pejabat cawangan Jabatan berkenaan iaitu di Dewan Simpor, Pusat Urus niaga Hortikultur Rimba, Gadong, hari ini.

Majlis itu turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah yang juga selaku tetamu kehormat majlis.

Pada tahun ini, seramai 19 anak-anak yatim daripada kalangan keluarga warga jabatan berkenaan yang berumur 18 tahun ke bawah telah menerima sumbangan derma berupa wang tunai hasil kutipan derma daripada pegawai dan kakitangan jabatan itu.

Majlis yang juga biasanya diadakan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang mubarak ini merupakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keagamaan tahunan yang diungkayahkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga jabatan serta menunjukkan sifat keprihatinan terhadap golongan anak-anak yatim.

Hajah Aidah ketika menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.
Hajah Aidah ketika menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA