Jabatan Ukur ungguli Futsal Kementerian Pembangunan

Jabatan Ukur ungguli Futsal Kementerian Pembangunan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fadhil Yunos

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Pasukan Jabatan Ukur muncul juara selepas berjaya menumpaskan Pasukan Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Pembangunan dalam Kejohanan Futsal Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2016 yang diadakan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah.

Jabatan Ukur mengungguli kejohanan yang dikelolakan Jabatan Kemajuan Perumahan berkenaan dengan jaringan 2-1 dan kedudukan kekal pada mata berkenaan sehingga wisel tamat dibunyikan pengadil perlawanan.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemain Jabatan Ukur.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemain Jabatan Ukur.