Jacobson calon duta AS ke Mexico

Jacobson calon duta AS ke Mexico

WASHINGTON, 2 Jun (AFP) – Presiden Barack Obama semalam mencalonkan Roberta Jacobson, pemimpin utama dalam rundingan yang berterusan dengan Cuba, bakal menjadi duta ke Mexico.

Jacobson membuat perjalanan ke Havana pada Januari, menjadi pegawai paling kanan melawat negara komunis tersebut dalam tempoh 35 tahun.

Beliau mengetuai rundingan dengan rakan sejawatnya dari Cuba Josefina Vidal bertujuan untuk proses pembukaan semula kedutaan masing-masing.

Bagaimanapun Penolong Setiausaha di Jabatan Negara bagi hal ehwal Hemisfera Barat itu tidak lama lagi akan memberikan fokus semula ke atas pelbagai isu secara langsung di selatan sempadan Amerika Syarikat.

Sebelum ini Jacobson adalah pengarah Hal Ehwal Mexico di Jabatan Negara bermula 2003 sehingga 2007.

Calon Duta AS ke Mexico Roberta Jacobson. – Reuters
Calon Duta AS ke Mexico Roberta Jacobson. – Reuters

Beliau hanya memerlukan pengesahan daripada Senat, sebelum mulai menjawat jawatan duta tersebut.

Dengan isu panas imigresen dan perang dadah di kalangan anggota perundangan, sesi pendengaran beliau kelak dijangka akan lebih tegang.

Kementerian Luar Mexico berkata ia mengalu-alukan pencalonan Jacobson, sambil berkata beliau mempunyai “kerjaya diplomatik yang hebat” yang akan membolehkan Presiden Enrique Pena Nieto dan Obama untuk mencapai keutamaan mereka.