Jadi mangsa r...

Jadi mangsa rompak lagi

20 tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 9-15 Januari 1997 – Lagi rakyat Brunei jadi mangsa rompakan. Tempatnya tidak lain adalah di Miri, Sarawak.

Baru-baru ini empat keluarga menjadi mangsa rompakan sekumpulan pemuda yang menggunakan pisau. Salah seorang mangsa, Haji Abdul Rahman, berkata beliau pasti perompak-perompak itu adalah penduduk setempat.

Seorang daripada perompak itu telah mengacukan sebilah pisau ke lehernya. Ini menyebabkan anak dan isterinya ketakutan. Haji Abdul Rahman berkata, beliau tenang memberitahu perompak itu bahawa tujuan mereka sekeluarga ke Miri bukan untuk membeli-belah, tetapi kerana mengunjungi sanak-saudara . Mereka juga tidak membawa wang yang banyak.

Kerana tidak mahu kejadian bertambah buruk, Haji Abdul Rahman memberi pemuda itu $10.

Tidak lama selepas kejadian itu, Haji Abdul Rahman mendapat tahu empat keluarga dari Brunei juga telah mengalami nasib yang sama. Salah seorang daripada mereka terpaksa menyerahkan wang tunai sementara keluarga lain ada yang menyerahkan barangan kemas dan wang mereka.

Mangsa-mangsa rompakan itu juga menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap pihak berkuasa di Miri. Semasa membuat laporan ke balai polis, mereka diberitahu kejadian-kejadian itu terjadi kerana kecuaian mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA