Jadikan Al-Quran pegangan hidup

Jadikan Al-Quran pegangan hidup

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, baru-baru ini, telah mengadakan ceramah di Brunei Hall, London, bagi para pelajar Brunei yang berada di United Kingdom dan Eire.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, acara Ceramah Bersama Mufti itu turut dihadiri pada pegawai, kakitangan dan rakyat Brunei Darussalam yang sedang berada di United Kingdom.

Acara itu diadakan sebagai penghargaan bagi Majlis Bersama Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam ceramah berkenaan, Mufti Kerajaan telah menyentuh mengenai Islam, Al-Quran dan kepentingan mendengar nasihat yang baik.

Antara yang hadir ketika Mufti Kerajaan menyampaikan ceramah.
Antara yang hadir ketika Mufti Kerajaan menyampaikan ceramah.
Mufti Kerajaan bergambar ramai bersama warga Brunei Darussalam di London.
Mufti Kerajaan bergambar ramai bersama warga Brunei Darussalam di London.
Gambar ramai jemaah perempuan semasa menghadiri ceramah tersebut.
Gambar ramai jemaah perempuan semasa menghadiri ceramah tersebut.

Beliau turut menasihatkan para pelajar supaya sentiasa mendukung pengajaran Islam dan tidak berpuas hati apabila melaksanakan ibadah baik.

Seterusnya, Yang Berhormat Pehin menjelaskan lanjut mengenai pelbagai cara untuk mengingati Allah Subhanahu Wata’ala, seperti membaca kitab suci Al-Quran, bertahlil, berselawat, serta menghadiri majlis-majlis keagamaan.

Ketika melaksanakan sebarang aktiviti, tekan beliau, kita tidak boleh terlupa untuk mengingati Allah Subhanahu Wata’ala.

Yang Berhormat Pehin juga mengingatkan supaya bacalah Al-Quran selagi mampu melakukannya, kerana pada masa akan datang mungkin datang masanya ia akan hilang.

Selain daripada itu, beliau juga menekankan bahawa semua bab dan ayat dalam Al-Quran dikira sebagai doa.

ARTIKEL YANG SAMA