Jadikan Al-Quran sebagai inspirasi

Jadikan Al-Quran sebagai inspirasi

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Seramai 163 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Lambak Kanan yang terdiri daripada 87 murid lelaki dan 76 murid perempuan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah Profesional, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajijah binti Haji Moktal, yang turut menabur bunga rampai, menyampaikan cenderahati dan sijil khatam kepada para peserta di akhir majlis.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sejak tahun 1985, yang bukan sahaja diadakan sekadar untuk meraikan kejayaan murid-murid menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran tetapi juga berperanan sebagai mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada orang ramai.

Dayang Hajah Hajijah (tengah) selaku tetamu kehormat majlis.
Dayang Hajah Hajijah (tengah) selaku tetamu kehormat majlis.
Para peserta khatam menandakan tamatnya bacaan 30 juzuk bagi setiap peserta.
Para peserta khatam menandakan tamatnya bacaan 30 juzuk bagi setiap peserta.

Pengerusi majlis, Awang Mohd Yassin bin Haji Yussof berkata, penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran juga akan memberi inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dan berusaha untuk menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan.

“Ini kerana, Al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA