Jadikan Langkawi pulau rendah karbon

Jadikan Langkawi pulau rendah karbon

LANGKAWI, 13 Sept (Bernama) – Hanya dua hari sahaja selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Langkawi akan menjadi pulau rendah karbon menjelang 2030, langkah ke arah mencapai status itu sudah dimulakan hari ini.

Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Parlimen Infra dan Amalan Hijau Langkawi di sini yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Nawawi berkata sebuah syarikat swasta, Worldwide Green Bhd akan dilantik untuk bertindak sebagai perunding untuk menyumbang kepakaran mereka dalam bidang teknologi hijau bagi mencapai hasrat itu.

“Worldwide Green Bhd ini mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi hijau yang mempunyai pengalaman yang akan bergabung untuk membantu kami di Langkawi untuk mencapai matlamat Pulau Rendah Karbon ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA